♥☆ Song To Enjoy & Listen To ☆♥


10 Februari 2010

Akademi Fantasia 8


KUALA LUMPUR, 9 FEB 2010: Spekulasi tentang pemilihan Norman Abdul Halim sebagai pengetua yang bakal mengemudi Akademi Fantasia 8 (AF8) ternyata bukanlah sekadar propaganda semata-mata.

Sebaliknya, Norman yang juga anggota trio adik-beradik, KRU ini sememangnya menjadi pilihan utama pihak Astro dalam menerajui fakulti program realiti hiburan popular terbitan kabel TV berbayar itu.

Pemilihan Norman itu telah disahkan selepas namanya diumumkan di dalam di sidang media majlis pengumuman rasmi pengacara, tenaga pengajar dan pengetua AF8 yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, malam tadi.

Malah, pemilihan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley sebagai hos baru AF8 turut menepati ramalan apabila kedua-dua mereka berjaya mengambil-alih tempat dan kedudukan AC Mizal yang sudah tidak lagi bersama AF untuk musim kali ini.

Pemilihan kedua wajah Astro ini bakal memberikan kelainan kepada program AF8 secara keseluruhannya kerana mereka berdua akan digandingan sebagai pengacara bersama untuk konsert mingguan. Pun begitu, masing-masing mempunyai tugasan secara solo yang mana Sarimah mengemudikan program Debaran AF8 dan Jimmy pula Diari AF8.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata pihak Astro begitu teruja untuk memulakan program AF8 ini serta dan mengalu-alukan kedatangan Sarimah dan Jimmy selaku hos AF8.

"Ini adalah bonus bagi AF8 kerana mereka semua (pengetua, pengacara & tenaga pengajar) bukan calang-calang orangnya serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

"Kami juga mengalu-alukan kedatangan komposer, penyanyi, usahawan serta ahli politik terkenal, Norman Abdul Halim yang telah menduduki kerusi panas AF8 pada kali ini.

"Kami yakin latar belakang dan pencapaian mereka mereka miliki ini. Ia bukan saja dapat dikongsi bersama dengan pelajar tapi juga untuk penonton setia AF8. Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan AF8 amat dihargai. Saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka," kata Azlin.

Perjuangan Norman sebagai pengetua kali ini dilengkapi dengan barisan tenaga pengajar berpengalaman dalam AF seperti
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Linda Jasmine (guru tari), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan) dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Apa yang menarik, tenaga pengajar AF8 turut menampilkan seorang muka baru iaitu Que Haidar selaku Jurulatih Drama. Malahan, penonton kali ini akan diberikan lebih masa untuk menilai prestasi persembahan peserta sebelum keputusan penyingkiran mereka diumumkan setiap Ahad menerusi program Debaran AF.

"Buat julung kalinya, AF8 mengambil langkah positif untuk memperkenalkan elemen perubahan format selepas 7 tahun ianya bersiaran. Kami juga yakin bahawa keputusan yang diambil untuk memecahkan rancangan kepada 2 bahagian ini akan dapat memberi impak yang lebih besar dalam melahirkan bintang AF yang benar-benar berkualiti," ujar Azlin lagi.

Apapun, produksi AF8 kali ini berharap penonton akan lebih bijak membuat penilaian selepas menonton kemampuan pelajar untuk bersaing dalam persembahan setiap minggu. Bagi musim kelapan ini, Cerebos bertindak selaku penaja utama manakala Maybelline dan Modenas menghulurkan sokongan selaku penaja bersama.

Radio Era FM dan majalah Aksi sekali lagi menjadi radio dan majalah rasmi AF8. Tidak ketinggalan portal hiburan terunggul, murai.com.my bersedia menghangatkan lagi AF8 sebagai portal hiburan rasmi AF8.


Sementara itu, penonton juga berpeluang menonton program khas terbitan murai.com.my, Apa Kata M? mulai 8 Februari secara online setiap Rabu, jam 4 petang. Program khas ini dikendalikan Ajieb dan bakal mengupas gosip berkaitan AF8 serta memberi peluang penonton melakukan make-over serta menerima hadiah menarik daripada Maybelline.

Senarai para pelajar AF8 yang berjaya terpilih akan diumumkan di sidang media akan datang pada 9 Mac 2010.

Berikut adalah program berkaitan AF8:


NO.
PROGRAM
SINOPSIS
SIARAN
HOS

1.
Tirai AF
Sebuah konsert pengenalan (prelude) yang memperkenalkan pelajar AF8
13 Mac 2010
Sabtu
9.00 mlm
(90 min)

Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley

2.
Diari AF
Diari AF memaparkan perkembangan pembelajaran pelajar-pelajar AF8 di bawah bimbingan tenaga—tenaga pengajar mereka dan juga rutin kehidupan seharian mereka sepanajang hari di akademi
Isnin – Jumaat,
7.30 mlm
(30 min)
Bermula 15 Mac 2010

Jimmy Shanley

3.
Konsert AF
Siaran Langsung Konsert AF menampikan persembahan pelajar-pelajar AF8 dalam usaha untuk kekal ke minggu seterusnya.
Setiap Sabtu
9.00 mlm
(90 min)
Bermula 20 Mac 2010
Sarimah Ibrahim & Jimmy Shanley

4.
Debaran AF
Debaran AF mengumumkan keputusan konsert mingguan. Inilah waktu kemuncak untuk aktifkan undian buat pelajar pilihan sebelum undian ditutup.
Setiap Ahad
9.00 mlm
(30 min)
Bermula 21 Mac 2010

Sarimah Ibrahim

5.
Apa Kata M?
Program web TV pertama berkaitan AF yang mengupas gosip AF8 serta memberi peluang penoton make-over serta menerima hadiah sumbangan Maybelline.
Setiap Rabu
4 petang (30 min)
Mulai 8 Februari 2010.

Ajieb

Tiada ulasan:

Catat Ulasan