♥☆ Song To Enjoy & Listen To ☆♥


29 November 2010

Bahagiakah?!

Bahagiakah jika hati d sakiti? Setiap yang terjadi ada hikmah? D mana hikmah yang d beri? tidak ku terlihat d mata namun terasa d hati. Aku?! uh! Aku dah jemu dengan pementasan dunia. Penuh dengan permainan hidup. D mana realiti sebenar jika hidup umpama permainan? Aku cuba untuk tidak tersakiti dengan apa yang terjadi. Namun kenyataan kehidupan tidak seperti itu.

Aku teruskan bicara dengan nada sempurna, aku juga teruskan kehidupan dengan cara ku sendiri. Sempurna mana manusia d dunia ini? Apa mungkin ada manusia seperti itu? Aku cuba dan terus mencuba untuk menyempurnakan diri, namun hakikatnya tidak sempurna. Aku teruskan bermadah dalam ayat berbunga supaya tiada yang mengetahui apa yang aku rasakan.

Bersembunyi d balik tirai indah, bukan bermakna aku kalah pada cahaya. Bukan juga aku kalah pada kau. Aku cuma ingin kau tau aku bukan penyerang, tapi aku pertahanan, yang cuba bertahan untuk terus d sakiti. Bukan bererti aku takut untuk menyerang. Ia cuma sekadar kasih ku pada kau, sehingga aku tidak mau kau yang terluka.

Detik ini, saat ini aku akan terus bermain dan tidak akan pernah berhenti untuk bermain, kerana hanya itu yang ku tahu. Pernah ku menitiskan air mata yang bernilai ini d pipi sehingga jauh dan mati air mata ini d permukaan bumi. Itu semua kerana kesakitan yang aku rasakan. Apa yang ku rasa tidak seperti apa yang kau rasa. Bahagia d hati mu, gembira d wajah mu, keduakaan d hati ku, kesedihan d wajah ku.

Andai aku d beri pilihan aku akan pilih untuk tidak mengenali sesiapa, kerana hati yang suci tidak akan d cemari dengan luka. Apabila hati menyayangi seseorang pasti ada rasa sakit jika d lukai. ku harap kau mengerti apa yang ku rasa kini.

1 ulasan: