♥☆ Song To Enjoy & Listen To ☆♥


23 Januari 2010

Jalan Cinta - bhgn 1

Kol 1:58am 23 jan 2010..

Tetiba lagu yang berkumandang seperti mengembalikan aku kepada-Nya.. Terasa berat hati ini, terasa sunyi bila mendengar alunan muzik yang berkumandang, seperti tiada hari esok lagi buat aku.. Sedih yang terasa air mata ku mengalir tanpa aku sendiri sedari.. Tambahan pula aku merindui diri seseorang yang teramat sangat.. Aku dapat rasa dia semakin jauh, jauh, jauh, dan jauh..

Parasaan aku jer kot (berkata dlm hati) dia takkan jauhkan diri dari aku.. Dia kan sahabat aku..

Tapi makin lama aku fikirkan.. Makin lama aku menahan rasa hati.. semakin itu aku rasa kepedihan.. walaupon aku dah berjanji pada diri tidak akan jatuh cinta lagi.. Perasaan ini benar-benar membuat aku celaru.. Kenapa baru kini aku merasakannya.. Ya'Allah aku mohon Kau tutupilah hati ini untuk mencintainya.. Ini demi kebaikan aku dan dirinya Ya'Allah.. Cukup lah Kau memberikan rasa ini untuk nya.. Rasa sayang lebih dari seorang kawan.. Aku tak mampu untuk teruskan perasaan ini.. Tapi jangan pernah Kau tutupkan perasaanku untuk yang lain Ya'Allah.. Jangan Kau tentukan jalannya begini.. Relakanlah hati ini mengikut jalan yang Kau benarkan.. Bukakan hati ini untuk yang Kau berikan.. Jangan pernah berikan derita hati pada ku, berikanlah kekasih yang Kau juga cintai.. Hati aku kini menderita kerana mencintai seseorang yang aku sendiri tidak tahu sejauh mana dia juga rasa pada aku.. Aku mohon Kau hentikanlah perasaan ini.. Titik Noktah~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan