♥☆ Song To Enjoy & Listen To ☆♥


09 Mei 2010

Mother's Day

Hadiah Bermakna! Jika seorg ibu berkata anak adalah anugerah paling berharga dalam perkahwinan, Anak pula berkata ibu lebih bermakna kerana Syurga Ku Di Telapak Kaki Mu Ibu. Jika dapat ku lagukan kata-kata ku ini akan ku lagu kan untuk mu ibu~

Sedarnya diri mu pabila daku ada,
Di dalam jaga mu terus membahagiakan aku,
Bila kau tahu ku hidup di dalam mu,
Kau indan pertama yang gembira,

Saat nadi ku berdenyut kau ketawa riang,
Tersenyum membayangkan hidup mu adanya aku,
Sedalam lautan setinggi gunung sepanas mentari,
Kau tetap di dalam hati kerna kau ibu ku,

Sepanjang kau membawaku,
Keperitanmu kesakitan yang kau hadapi,
Kesabaran kau mengandungkan anak mu ini,
Lahirnya aku di dunia setelah sampai masanya,

Syurga ku di telapak kaki mu ibu,
Akan ku Bahagiakan wajah hati jiwa mu untuk selamanya,
Akan ku berjanji hanya kau wanita pertama,
Dalam hati tiada siapa yang bisa menggantikan tempat mu duhai ibu,

Biar apa pun berlaku kau tetap ibu yang satu,
Bagiku kau menjaga ku hingga dewasa,
Kau jua yang menyinari hidup ku,
Kau lah pelangi dalam hari-hari ku duhai kasih ku pada mu ibu~

Hanya kau ibu ku~ hanya kau satu~ dalam hati~
Terima kasih atas segalanya duhai ibu~

Terima kasih ibu.. hanya kau dalam hati ini.. wahh! jiwang karat tetibe dgn ibu ni.. ngee~ pepe pon happy mother's day mom.. luv u..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan